Follow me

Instagram

Profile





Anna Lee, nama je macam Chinese tapi orangnya Melayu jati.   Bukan sebab malu nak mengaku Melayu, atau dah tak ada nama melambang ke-Melayu-an, tapi, Anna Lee terbit dari Zuliana, diambil Liana kemudian yang diterbalikkan dan di up-gradekan ejaan maka lahirlah nama Cina+Melayu = 1Malaysia, Anna Lee. Dilahirkan dan dibesarkan di Terengganu. Mencari rezeki di Kuala Lumpur. Seorang  pendiam dan pemalu, kononnya. Tapi kadang-kadang jadi outspoken apabila keadaan mendesak. Suka merapu di Twitter dan Instagram (@annaleejue). Seorang penulis yang anti-nescafe tapi obsess-coffee. Tapi sekarang dah berjinak-jinak dengan green tea. Seorang hamba yang percaya, bahawa apa yang dimilikinya sekarang hanyalah pinjaman dari ALLAH.


  • Berpendidikan Sarjana Muda Ekonomi Universiti Terengganu Malaysia. Pernah bekerja dalam bidang oil & gas selama 6 tahun. Lepas company yg bekerja tu muflis akhirnya terbuka hijab untuk menjadi penulis sepenuh masa.
  • Pernah mengunakan nama Pena Zuliana Abuas. Kemudian Julia Esqa untuk genre fantasi. Tapi sekarang lebih selesa guna satu nama pena je... ANNA LEE.
  • Kenal dunia pada 2 September. So sila pos hadiah ya!
  • Novel pertama terbit pada tahun 2009. Sehingga 2015, sudah terbit 7 novel, 2 mini novel. For more info boleh terjah 'My novels'.

Prinsip : Aku akan tulis apa yang aku nak baca.


Hubungi:
Insta : annaleejue
twitter : @annaleejue
facebook : annaleejue
page : Anna-Lee
email : annalee007@ymail.com / annaleeben10@gmail.com


1 comment:

  1. Dah follow =) Jangan lupa follow blog saya juga, blog baru kat http://ceritaberemosi.blogspot.my/

    ReplyDelete

Popular Posts