Follow me

Instagram

My Novels (2009 - Terkini)


Novel ke-11 - Special Edition (Limited Print) HELLO - April 2016








Novel ke-10 - MESEJ(Januari 2016)


Blurb :-

Hidup Aria huru-hara apabila rumah yang disewanya berhantu.

Tetapi, benarkah rumah itu berhantu?

Pertemuan Aria dan Jason sangat pelik. Tak tercapai dek akal manusia normal. Namun pertemuan itu telah membawa keduanya menjelajah dunia cinta yang luar biasa.

Ada rahsia di sebalik MESEJ untuk anda bongkar. Berani?




Novel ke 9 (2015)


STEP BACK - Kebenaran memerlukan masa.
(Sambungan Novel Aku, Dia & Pinky Promise)

Kosong.
Dia lupa segalanya. Hanya dengan secebis memori, cinta mereka bertaut kembali. Tetapi bagaiman sebahagian lagi memori? Mampukah diingat kembali? Adalkah masa lampau akan mempengaruhi masa depan mereka?

"Hidup ini memang kisah dongeng, Jadi buat je. Kisah kita mungkin pelik bagi mereka yang tak mengalaminya." - Ray


THE RING - Rahsia cuba dibongkar.
(Sambungan Novel Naskhah Terakhir Laura Isabel)

Pernikahan segera di Kota London menyebabkan keduanya terpaksa mengikut undang-undang yang ditentukan oleh si ibu. Mampukah undang-undang itu dipatuhi? Ketika keduanya cuba menyesuaikan diri, tiba-tiba muncul misteri yang membuatkan keduanya pening kepala mencari jawapan. Rupanya, masih ada rahsia yang tersembunyi. Mampukah pasangan pengantin baru itu menyelesaikan rahsia berabad lamnya itu? Macam mana dengan kehidupan baru sebagai suami isteri? Indah atau sebaliknya?


**********************************

Novel ke - 8



Cinta itu anugerah. Sudah tertulis sebelum roh ditiup bahawa dia akan menjadi milik kita.

1911
Naskah Terakhir Laura Isabell telah menimbulkan tanda tanya kepada pewarisnya. Catatan kisah cinta yang menyentuh hati itu telah membuatkan setiap pewarisnya berkelana ingin mencari kesudahan kisah tersebut.

2008
Dean, waris terakhir yang diwasiatkan memikul amanah itu. Namun, amanah yang dipikul datang bersama sebuah tanggungjawab yang berat.

Laura Isabell. Sepasang nama yang sering membuatkan diri si gadis Melayu jati itu disalah faham. Namun dia tidak menyangka, ada rahsia yang tersimpan berabad lamanya di sebalik nama itu.

Mampukah Dean melaksanakan amanahnya? Dan apakah rahsia di sebalik nama Laura Isabell?

Segalanya bakal terungkai di dalam Naskah Terakhir Laura Isabell... cinta yang merentasi batas waktu

*****************************************

 Novel ke - 7


(SEM) RM23.00 
(S/S) RM26.00

Siti Saleha berumur 33 tahun. Tidak miliki kerjaya yang membanggakan dan mempunyai tunang yang mengecewakan. Dia mengharapkan satu keajaiban berlaku, membawa dia kembali ke alam persekolahan dan membaiki segala kesilapan lalu. Andai diberi peluang pulang ke masa lampau ada 10 senarai yang dia ingin ubah. Tapi, dalam 10, hanya dua impian yang penting untuk dia perbaiki. 

Pertama, ubah aliran sains ke sastera. Supaya di masa depan dia dapat memberi tumpuan pada kerjaya yang diminatinya. 

Kedua, cari Daniel! Hasut Daniel, tunang masa depannya, supaya jangan jadi model, tetapi jadi doktor atau ahli perniagaan agar masa depan mereka terjamin.

Tanpa disangka-sangka, satu kejadian telah membawa Saleha merentas masa, kembali ke tahun 1998. Saleha berjaya ubah aliran dengan memasuki kelas sastera dan dia juga berjaya mencari Daniel. Namun, kemunculan Azri yang terkenal sebagai ketua samseng sekolah membuatkan rancangan Saleha huru-hara. 

“Cikgu Hazam hantar kau jadi pemerhati ke?”
“Kau tak pandai beza ke dua perkataan, belajar dan pemerhati? Kau faham maksudnya, kan?”

Saleha hairan, Azri tak pernah wujud di masa lampaunya dan tak wujud di masa depannya, jadi kenapa sekarang tiba-tiba Azri muncul? Siapakah Azri sebenarnya? Apakah kaitan Azri dengan kehidupannya? Dapatkah dia mengubah sejarah lalu? Adakah hajatnya itu terbaik untuk dirinya?

“Perpisahan menjadikan cinta kita semakin kuat, hati kita semakin jelas. Masa tu, aku akan kembali pada kau.”
“Aku akan tunggu kau.”
“Aku akan cari.”

************************************

 Novel Ke- 6


MENCARI MR. CHARMING - ANNA LEE
HARGA : RM24/27

Adakah lelaki romantik hanya wujud dalam dunia khayalan wanita?

Indah Lara aka Lara Alisya ,seorang penulis novel cinta yang tak  
popular , tetapi mempunyai 'hater' yang tegar bernama indah water .
kehidupan indah Lara Huru-Hara apabila dia kerap menerima e-mel kritikan daripada indah  water yang boleh 'membunuh' semangatnya untuk terus menulis.

Indah water, individu misteri yang mempertikaikan setiap karya indah Lara. Dia menyampah Sungguh dengan watak hero ciptaan indah Lara yang terlampau kacak dan romantik . katanya , indah lara tidak berpijak di bumi yang nyata. Lelaki sebegitu memang tak wujud di dunia. Semuanya hanya khayalan .

indah Lara rasa tercabar. Dia yakin lelaki kacak dan romantik memang wujud . Dia akan terus mencari prince charming dan akan buktikan kepada indah water bahawa dia boleh dapatkan lelaki yang romantik seperti yang digambarkan dalam novelnya. sehingga dia bertemu dengan sam , lelaki 
yang cukup sempurna di matanya. Lelaki yang membuatkan dia mengalami penyakit.... jatuh cinta pandang pertama ! 

Tetapi , benarkan sam itu prince charming yang dicari selama ini ? Apakah krateria prince charming ? 
Dapatkah indah Lara menjadi penulis yang Berjaya ? Berjayakah dia berdepan dengan pembaca dan pengkritik yang cuba hendak menjatuhkannya ? Dan yang paling penting ... siapakah indah water ? Kenapa indah water membenci indah Lara ? adakah indah water itu prince charming yang dicari ? 


*************************************

Novel ke - 5


TERUKIR CINTA - ANNA LEE
HARGA : RM24.00


SINOPSIS

Nadia yang polos, Nadia yang setia. Dia cuma perlukan dua K dalam hidupnya. Kerjaya dan Kahwin. Kerjaya? Dia boleh memohon kerja. Tapi kahwin? Hah, itu yang susah!

Lima tahun bertemankan Imran, segalanya nampak mudah tetapi apabila emak mula mendesak soal kahwin, semuanya menjadi payah. Jawapan Imran buat hatinya naik geram.

“Alah. Pandai-pandailah awak goreng mak awak tu.”- Imran
“Awak, dia mak saya tau. Kalau awak, dah lama saya buat Imran-goreng-sambal-belacan!”- Nadia

Kesabaran Nadia sampai ke kemuncaknya apabila Imran mula mencabarnya. Tanpa berfikir panjang dia nekad melamar lelaki yang kebetulan lalu di situ.

“Awak, nak kahwin dengan saya tak?” - Nadia
“O… key. Bila?” Tergagap-gagap lelaki itu menyatakan persetujuannya.

Di mata Nadia, lelaki itu nampak serabai tetapi apa dia kisah. Niat hatinya cuma satu, nak-buat-Imran-cemburu! Namun siapa sangka tindakan nekad itu, merubah corak hidupnya. Pertemuan demi pertemuan berlaku selepas itu. Siapa sangka juga, si serabai yang mata merah macam mat gian itu pakai kereta Audi yang ‘seksi’.

“Mesti awak ingat saya ni pencuri kereta, kan?” - Khalif
“Tak. Mula-mula saya sangka awak ni mat gian. Tapi tak sangka rupanya awak ni mat gian campur pencuri kereta!”- Nadia

Mereka bertemu lagi tapi kali ini si serabai sudah berubah rupa, smart dan bergaya. Waktu itu, si serabai mengaku dia seorang driver. Siapakah dia sebenarnya?

Makin lama, mereka serasi bersama tapi, Imran bagaimana? Apa akan berlaku apabila Nadia tahu siapa Khalif sebenarnya? Siapa yang Nadia pilih, Imran atau Khalif?

Berjayakah Nadia mendapatkan dua K yang sangat penting dalam hidupnya?


*****************************************

Novel ke-4


(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Apa akan jadi kalau tiba-tiba musuh ketat mencabar dengan cabaran yang tak masuk dek akal? Sanggupkah menerima cabaran itu semata-mata mahu mempertahankan maruah? Ke Korea dan bergambar dengan kumpulan K-Pop?

“Baiklah! Kalau aku dapat gambar-gambar lebih hebat daripada kau, apa kau nak buat? Kau nak tabik spring dekat aku dan tutup mulut kau tu?”

Disebabkan kata-kata yang sudah terlajak, Hanna, Nita dan Fara terlibat dengan cabaran yang tak masuk dek akal bagi manusia yang bijaksana seperti mereka bertiga. Namun, dek kerana maruah, Hanna berkeras hendak menyahut cabaran walaupun kedua-dua temannya tidak bersetuju pada awalnya. Demi menyahut cabaran itu dan demi melihat musuh ketatnya berputih mata, Hanna sanggup melakukan apa sahaja. Ya, apa sahaja. Tapi, dengan jalan yang betul. Bukan dengan cara kotor.

Namun, perjalanan untuk menyahut cabaran itu tidak mudah seperti yang dirancang. Pelbagai cabaran lain perlu diharungi. Biarpun begitu, dalam melalui setiap dugaan itu, mereka bertiga menemui sesuatu. Sesuatu yang sangat bermakna dalam hidup mereka. 

Apakah yang mereka temui? Mampukah ‘sesuatu’ itu membawa kemenangan kepada mereka? Atau, cabaran mereka hanya tinggal cabaran?


*************************************

Novel ke-3


Puteri Karla~Julia Esqa
Fajar Pakeer
ISBN 978-967-365-057-6
Harga: MYR20.00

“Puteri Karla, usah membantah apa yang telah bonda dan ayahanda rancangkan. Ini untuk kebaikan anakanda. Dengan perkahwinan anakanda, sekurang-kurangnya ada tempat untuk rakyat jelata bergantung harap.” 

Yang sering diimpikannya adalah Putera Raja yang kacak, tinggi lampai dan gagah perkasa. Yang tangkas bermain pedang. Yang hebat menunggang kuda. Bukan putera raja yang pendek dan tidak dikenali itu. Argh…

Demi kesejahteraan Laikra, hidupnya perlu menjadi taruhan. Dia tidak mahu mengikut kehendak bonda dan ayahandanya. Mana mungkin dia mengahwini lelaki yang bukan pilihan hatinya. Tidak mungkin. Hanya satu penyelamatnya, melarikan diri. Ya… itu saja pilihan yang tepat untuk Puteri Karla. Dengan bantuan Jenna, maka bermulalah pengembaraan yang tidak pernah terfikir akan ditempuhinya. 

Semakin jauh dia menghilangkan diri, semakin dekat dia dengan satu rahsia yang sekian lama tersimpan. Kepercayaan terhadap sahabat kecilnya mengheret Puteri Karla itu ke alam sihir ciptaan Cassondra hinggakan dirinya terjerat dalam dendam yang sudah seratus tahun tercipta. Pengembaraan itu jua menemukan dia dengan Tuan Eldon yang aneh dan Alex yang membuatkan jiwa wanitanya bergetar hebat tika mata saling berpandangan.

Mengapakah Puteri Karla yang dibawa untuk berdepan dengan kuasa sihir itu? Siapakah sebenarnya Cassondra, Tuan Eldon dan Alex? Mampukah Puteri Karla membela nasib rakyatnya? Wujudkan putera idaman yang diidamkannya selama ini?



*****************************************

Novel Kedua


Terbitan 2011
Harga RM21/24
Rimba itu adalah rumahnya. Tempat di mana dia berbicara dengan alam, meneruskan kehidupan siang yang rutin, tetapi menggembirakan. Menjalani kehidupan malam yang panjang, tetapi cukup mendamaikan. Bagi Ajura, hidup dan matinya, biarlah di rimba itu. Namun sesuatu telah berlaku. Pemergian si ayah yang sudah melangkau waktu, benar-benar membuat dia buntu.

Akhirnya, gadis itu terpaksa memberanikan diri, cuba menjengah dunia luar yang asing yang tidak pernah diimpikan. Dalam pencarian, dia bertemu Yusri, lelaki yang berbudi. Lelaki yang dalam diam menyimpan hati padanya tetapi takut meluahkan.

Dapatkah Ajura bertemu dengan ayahnya semula? Apakah hubungan Yusri dengan Ajura akan berkembang mekar?



*******************************************

Novel Pertama


Terbitan 2009
Harga  : RM21 (Sem)     RM24 (S/S)   
602 m/s
Sakura Alia - secantik namanya dan sesuci kelopak sakura yang memutih. Di bumi ginseng, Korea, dia mencari secarik kepastian, biar dalam kepayahan. Dia perlu membongkar memori silam yang telah jauh dibenamkan oleh ayahnya sendiri, atas alasan sayang dan tidak mahu melukakan dirinya. Begitu jauh dia berkelana, dia tidak pernah menyangka pencariannya bernoktah begitu sahaja. Orang yang dicari sebenarnya sudah tiada. Namun dalam pencarian itu dia menemui sesuatu yang akan merubah hidupnya...

Semakin dia membenci semakin terasa cinta itu bertambah dalam. Klik sini bacaan lanjut.


No comments:

Popular Posts