Follow me

Instagram

Tuesday, 10 January 2017

Writer's Block, Block writer?

Warning : Bukan kupas pasal writer's block ya. 


Saja nak bagi tahu.

Saya stuck kat satu scene ni almost 2 years tau. Ya. Teruk kan. Org lain 2 thn boleh siap 10 novel. Ko 2 thn nak tembus scene je... scene okey, bukan bab.πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ (campur malas kot)


Dan pagi ni baru dpt tembus. Allah. Alhamdulillah.So, menulis tak mudah wak. Saya pun tak faham. Kenapalah boleh terjebak dalam bidang ni.


Rasa mcm nak tukar bidang. Jadi tukang jahit. Sebab baju2 muslimah yg ada kat butik semua tak kena dgn selera saya. Rasa mcm nk design sendiri. Tapi, masalah, saya tak ada kesabaran dalam memasukan benang atau menetas jahitan kalau salahπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…


So, be nice to writers ya. Boleh je nak komen kalau rasa ada tak kena dengan buku penulis tu (saya pun ada komen, tapi takat ni email dan wassap - kat penulis prolog dan bakal je kikiki)


Kalau pembaca tak komen, penulis tak tahu silapnya di mana. Cuma kami mintak awak tegur elok2 je. Tak susah kan?πŸ˜‰✌️


Tak payahlah semua HURUF BESAR atau tanda soal bertalu2!!!! bila bagi komen negatif tu, okey?


Just be cool and taip elok2 dgn bahasa yg comel2, boleh je kan?😁Tapi...Kalau nak puji, lebih afdal pakai semua tu. Hahahahahah.πŸ˜‚πŸ˜


Yalah, kau orang pun kena faham, benda2 yang menyakitkan hati ni kena ada caranya untuk buat teguran. 

Alah, tak payah saya bagi contoh lain. Korang bayangkan kat diri sendiri je. Bila ada orang komen kasar-kasar kat korang punya status facebook, agak2 korang akan 

menyumpah dalam diam tak? 

Sentap tak? 

balas balik tak?


Hah, gitulah kisahnya dengan penulis ni. Sama je dengan kau orang. Dan kau orang sama je dengan penulis. Jadi. be nice, okey?


'Bahasa melambangkan cara. Cara melambangkan diri. Diri melambangkan anda. Anda melambangkan keluarga. Keluarga melambangkan ibu bapa.'


Kbye.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts