Follow me

Instagram

Monday, 24 March 2014

MH370 : Takziah


Semoga dipermudahan urusan mencari kotak hitam dan sisa MH370. Jika benar tiada mereka yg terselamat, semoga ahli keluarga tabah menghadapi dugaan ini.


Monday, 17 March 2014

Review Mencari Mr Charming

Alhamdulilah. Dah 4 bulan MMC berada di Pasaran. Saya bersyukur sangat sebab rata-rata memberi komen positif dan komen membina utk saya membaiki penulisan saya. Alhamdulilah. Terima kasih kepada semua pembaca yang sudi memiliki MENCARI MR CHARMING.

Di sini saya ingin berkongsi sebahagian komen2 positif dari pembaca...













My komen : Opss... termasuk, kira mmc jgk la tu ya.. hehehe/








Anda bagaimana? Jika ada sebarang komen jangan segan pm saya dekat Facebook or Facebook Page. Saya amat hargai. Tak kisah komen memberi semangat atau komen untuk saya membaiki penulisan saya akan datang. Tapi... janganlah tulis macam Indah Water ya, berbulan2 nanti saya nak kena ubat hati.

Indah Lara cakap... komen berseni, penulis tak merana, pengomen berperibadi.

Yang Benar
Anna Lee Eskandar

Friday, 14 March 2014

Pinky Promise : Saya buntu

Seminggu dua ni saya tertanya-tanya, apakah yang pembaca cari dalam sesebuah novel?

Adakah hanya ingin tahu kisah cinta hero dan heroien saja?

Adakah ingin tahu konflik yg ingin dibawa dlm ssbuah novel dan ingin tahu bagaimana diselesaikan?

Adakah ingin mengembara, utk mengetahui keseluruhan cerita yg ingin di sampaikan? Maksud yg terselit?

sungguh saya buntu apakah yg pembaca cari dlm sebuah novel?

Kepada sesiapa yg pernah membaca enovel saya Pinky Promise... saya ada soalan untuk anda semua.

PERLUKAH saya 'bawa' kisah Saleha dan Azri ke depan dan delete atau, pendekkan bab2 di depan? Maksudnya, perlukah saya HIGHLIGHT kisah mereka di bab 1 lagi dan kurangkan penceritaan mengenai konflik Sal yg akhirnya membawa dia ke zaman 1998?

Tolongggg kongsi komen anda. Saya ingin melihat pendapatan anda jadi bolehlah saya melihat corak permintaan pembaca bagaimana.

Saya risau jika saya buat keputusan yg salah.plzzz...

Terima kasihhhhhh
Yang Benar,
Penulis yg dalam dilema

Popular Posts