Follow me

Instagram

Sunday, 5 January 2014

Diary Mrs Ben (mini novel) : Bab 1 & 2





Mini novel Diary Mrs Ben ada dalam kompilasi Golden Edition 'Yang Luar Biasa'




Bab 1

Orang tua pesan, jangan terlalu bencikan seseorang nanti orang yang kita benci tu akan jadi sayang.
Tapi, kes aku ni, bukan aku bencikan seseorang. Tapi… aku cukup anti dengan filem, drama mahupun novel tentang kahwin paksa!
Seriously? Hellooo… kahwin bukan main pondok-pondok ya. Perkara serius okey!
Bak kata kawan aku Cik Jannah…
“Terlanggar sikit pun kena kahwin paksa. Tersalah masuk rumah pun kena kahwin paksa. Kena tangkap basah pun kena kahwin paksa. Tersentuh sikit pun sanggup kahwin tanpa rela. Dah tak ada cara lain lagi ke nak kahwin? Kalau kena tangkap basah dan tak bersalah tak boleh masuk mahkahmah ke? Or just bayar denda? The best part is… kahwin dengan orang yang buat jahat kat kita! Euuww! Aku tak faham la beb!”
Itu bebelan kawan aku ya. Dia pun sama kepala dengan aku. Tapi… aku jawab.
“Beb… dah itu penonton dan pembaca suka. Dia orang buat je la cerita macam tu. For the sake of rating…  and money.”
Itulah aku. Sangat anti dengan kisah-kisah macam tu dan sudahnya, kebencian aku tu terkena dengan batang hidung sendiri. Padan muka dengan aku, kan?
Menyesal?
Yup, sangat-sangat-menyesal! Tapi… orang tua kata lagi, nasi dah jadi bubur so aku telan saja lah. Kau orang nak tahu kisah aku tak? Kisah aku ni biasa-biasa je. Tak gempak. Tak berselirat. Tak ada air mata (emmm…) tapi sangat bermakna dalam hidup aku. Kisah yang aku tak pernah ceritakan kepada sesiapa pun. Hanya aku dan kau orang yang sedang baca je tahu kisah di sebaliknya.
Okey, meh aku mulakan cerita…
Perbezaan antara kisah aku dan kisah dalam filem dan novel adalah. Aku memaksa diri aku berkahwin dengan dia. Bukan sebab aku ni mangsa rogol (no.. no.. nooo). Atau bukan sebab mak ayah aku keluarga kaya dan dia pun keluarga kaya atau bukan sebab, kita orang dipaksa kahwin oleh keluarga sebagai syarat untuk mewarisi harta.
Tak.
Tapi... sebenarnya kita orang berdua yang setuju untuk memaksa diri masing-masing berkahwin.
Jadi, ini kisah kahwin paksa ke?
Entah. Aku pun keliru.
Tapi apa yang pasti, aku setuju berkahwin dengan dia kerana...
1) Aku perlukan tempat berteduh. Maksud aku... rumah free. Maklumlah sewa rumah kat bandar KL ni mahal! Cari housemateSorry, never! Pernah terkena, housemate aku simpan dadah dalam rumah! (face-freeze)
In KL, I trust nobody!
2) Sepanjang aku bercinta dengan mana-mana lelaki. Tak pernah dia orang ajak kahwin.
3) Tentulah sebab, dia handsome juga. Kalau muka pecah seribu takut juga aku nak kahwin.
4) Dia dah ada girlfriend. Tapi... banyak pihak tak suka dia orang kahwin. Jadi, bila dia kahwin dengan aku ramai yang suka sebab itu dia ajak aku kahwin. Dan aku tak kisah dengan alasan tu sebab... aku tak rugi apa-apa pun. (nanti aku citer)
5) Mestilah sebab umur aku ni umur had patut berkahwin.
6) Sebab... aku tak cintakan dia pun. Jadi, kalau dia nak madukan aku nanti, tak adalah aku nak marah sangat. Atau, kalau dia nak ceraikan aku pun tak adalah aku sedih sangat.
7) Sebab terakhir... aku percayakan dia.
Aku kahwin dengan siapa sebenarnya ni? Mesti kau orang nak tahu kan?




Bab 2

Sebelum aku cerita siapakah Mr Ben yang ‘bertuah’ ni… meh aku cerita sikit siapa aku dan kenapa aku terpaksa buat keputusan yang ‘menakutkan’ itu!
Nama aku Sofia. Melayu tulen. Anak jati Pahang. Umur sekarang 34 tahun! Lepas habis kolej aku terus berhijrah ke Kuala Lumpur. Sementara mendapat kerja tetap aku kerja sana-sini, itu-ini dan akhirnya aku mendapat kerja yang sesuai dengan kelayakan aku di syarikat travel agensi. Memang nasib aku sangat baik. Tapi… hanya sepuluh tahun… setahun lepas terjadi satu perkara yang langsung aku tak pernah terfikir.
“Saya minta maaf. Pihak syarikat terpaksa berhentikan perkhidmatan awak,” ujar encik Halim sambil menolak sampul surat berwarna putih ke arah aku.
Aku tergamam. Berkelip-kelip mata aku merenung wajah encik Halim. Seakan tidak percaya akhirnya khidmat aku selama sepuluh tahun ditamatkan begitu sahaja.
“Saya harap imbuhan yang pihak syarikat berikan cukup untuk awak guna sebelum mendapat kerja baru,” ujar encik Halim lagi.
“Ini yang saya dapat setelah sepuluh tahun saya berkhidmat?” tanya aku dengan nada menyindir.
“Haish, dah banyak tu. Cuba awak tengok dulu cek tu,” Encik Halim tersengih.
Aku mendengus kasar. “Bukan soal duit yang saya maksudkan. Tapi, ini, diberhentikan. Ini balasan yang saya dapat?” soal aku meninggikan suara. Geram.
Terdengar encik Halim menghela nafas perlahan. “Awak kena faham, keadaan syarikat sekarang amat tenat. Travel agensi dah tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan. Pula tu, rata-rata rakyat Malaysia ni dah pandai travel tanpa guna agensi. Kalau keadaan begini berterusan mungkin dalam beberapa bulan lagi syarikat ni akan lingkup. Jadi, untuk mengelak perkara buruk terjadi pada awak. Pihak syarikat terpaksa lepaskan awak lebih awal sementara duit syarikat masih ada.”
Aku tersenyum sinis. “Baiknya. Duit yang sedikit sanggup diberikan semuanya kepada saya,” ujar aku sambil menjeling jumlah yang tertera pada cek yang diberi. Emmm… banyak juga. Tapi, duit kut… sekelip mata je boleh susut kalau tak kerja.
“Syarikat memang perihatin. Lagi pun, banyak jasa awak pada syarikat,” Encik Halim tersenyum meleret.
Pelik, dalam keadaan syarikat yang bermasalah (kononnyalah) boleh pula dia senyum sampai ke telinga ketika menyingkirkan pekerja yang kononnya kesayangan pihak syarikat. Emmm…
“Habis tu, kalau nanti ada syarikat semakin pulih, saya macam mana? Pihak syarikat akan panggil saya bekerja balik ke?” tanya aku, menyindir sebenarnya.
Encik Halim berdeham perlahan. “Ya. Mestilah. Pengalaman awak sangat mahal. Rugi kalau kami tak ambil balik,” mata dia berkelip-kelip.
Huh. Nampak sangat dia menipu. Ini mesti kes dia orang tak perlukan khidmat aku sebab nak naikkan pangkat kaum kerabat dia orang ni. Dasar majikan kejam!
Aku bingkas bangun. Malas nak mengadap muka encik Halim lama-lama. Makin lama pandang makin sebu perut aku.
“Saya harap awak berjaya mendapat kerja di tempat yang lebih bagus dengan gaji yang lebih lumayan,” ujar encik Halim sambil menghulurkan tangannya pada aku.
“Terima kasih. Jangan risau. Dengan pengalaman saya ni memang ramai yang akan berebut,” balas aku sengaja sarkastik. Tanpa menyambut salam dia aku terus beredar.
***
Sepuluh tahun aku kerja dengan travel agensi tu, aku dah pergi ke merata tempat. Tanya saja mana-mana tempat memang aku boleh bercerita panjang lebar. Nak percutian budget? Percutian mewah atau sederhana semuanya aku boleh cadangkan. Serius, memang aku sangat pakar. Dan rata-rata klien semua sukakan aku, mungkin sebab aku ramah dan… cantik sikit kot dari pekerja yang lain. hehehe…
Tapi…
Selepas hampir setahun menganggur, sampai sekarang aku tak dapat kerja lagi ni!
Sejak hari pertama aku bergelar penganggur memang aku tak pernah berhenti menghantar resume ke tempat lain. Setiap temuduga aku pergi namun tak ada satu pun rezeki aku. Duit simpanan makin susut. Cukup-cukup untuk bayar sewa rumah lima bulan dan bayar kereta lima bulan.
Lima bulan sekejap saja. Pejam celik pejam celik alih-alih dah cukup lima bulan. Tidur malam aku dah semakin tak lena tapi makan tetap kenyang.
Aku dah buntu tak tahu nak buat apa lagi ni. Semua syarikat yang aku pergi temu duga kata gaji aku terlalu tinggi. Dia orang boleh tawar kerja jika aku turunkan gaji mengikut kehendak mereka, tapi aku tak setuju. Mengarut, dengan pengalaman sepuluh tahun dia orang nak turunkan gaji aku sama level dengan budak-budak yang baru keluar kolej?
Apa kes?
Aku tak kisahlah kalau nak kurangkan sikit, boleh lagi aku bertolak ansur. Tapi ini separuh dia orang nak kurangkan. Kalau aku terima, aku nak makan apa? Tolak bayar sewa rumah, tolak bayar kereta, tolak bayar bil itu ini, gaji dah habis. Melampau sungguh dia orang ni!
Jadi… tanam anggurlah jawabnya.
Hari ini untuk menghilangkan rasa bosan aku memandu kereta myv menuju ke One Utama. Tidak lama lagi mungkin myv kesayangan aku ni bukan lagi jadi milik aku. Aku tak mampu nak bayar lagi, jadi terpaksa jual.
 Sampai di One Utama, aku terus mengatur langkah ke Golden Screen Cinema. Waktu kerja macam ini lah elok aku pergi tengok movie, tak perlu bersesak dengan orang ramai. Namun, sedang aku beratur hendak membeli tiket tiba-tiba terdengar nama aku dipanggil oleh seseorang.
“Sofia!”
Mula-mula aku buat-buat tak dengar saja. Yalah, mungkin ramai lagi yang nama sama dengan aku tapi kalau sudah berkali-kali terdengar nama aku dipanggil, mungkin betul orang tu panggil aku. Lalu aku menoleh ke belakang.
Sebaik saja terpandang wajah dia, dahi aku berkerut. Terlihat seorang lelaki yang berpakaian sangat stylo melambai tangan ke arah aku. Siapa pula ni? Rasanya aku tak pernah ada kawan yang dress up ala-ala model ni. Dia memakai skinny casual pants berwarna kelabu dipadankan dengan cardigan hoodied berwarna biru turquoise dan di kepalanya melekat snow cap berkait berwarna hitam, hampir menutup sebahagian dahinya. Dia berjalan menghampiri aku. Dia salah orang ke? Dia terus melangkah ke arah aku sambil membetulkan snow cap di kepalanya.


Oh my! Dia? Aku kenal dia! Sangat kenal!



Untuk baca sambungan boleh dapatkan mini Novel ini dalam Novel Yang Luar Biasa secara online di website Idea Kreatif Publication.

1 comment:

  1. Diary Mrs Ben,
    Baca kisah Fia dan Ben 10, dah buat sy menitis air mata (sebab sikit2 ada persamaan dgn kisah cinta sy dulu2)
    Bukan Awak Tapi Dia,
    Baca kisah Nad dan Dian, bab-bab akhir air mata sy xnk berhenti mengalir. Sedih sangat....

    Novel akak memang terbaik...

    ReplyDelete

Popular Posts